Monday, 22 July 2013

My Expectation about My Programme

Assalamulaikum dan salam sejahtera ,               


                                                    
 

   



kini aku sedang melanjutkan pelajaran ke Politeknik Seberang Perai dalam jurusan akauntansi . aku mangambil jurusan ini kerana aku amat meminati subjek prinsip perakaunan sejak di bangku sekolah lagi . di sini , pelbagai subjek yang aku pelajari . antaranya ialah microeconomics , statistics , principle of marketing dan fundamentals of accounting . mungkin sebahagian subjek adalah pelajaran yang baru bagiku . namun , aku akan tetap mempelajari kesemuanya dengan bersungguh sungguh . sebelum aku mendapat tahu bahawa aku telah dapat melanjutkan pelajaran ke politeknik ini , aku tidak menerima sebarang tawaran belajar dari mana mana ipta . tetapi ipts banyak yang menghantar surat ke rumah . jika aku melanjutkan pelajaran ke ipts , kos pengajiannya terlalu tinggi . terlintas juga di hati jika tidak menerima mana mana ipta tak kisah lah sama ada universiti ataupun politeknik , aku akan menyambung pelajaran ke kolej risda melaka . lagipun kolej itu merupakan separuh milik kerajaan . jadi tidak terlalu mahal kos pengajiannya . 
















tetapi alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi aku dapat ke Politeknik Seberang Perai . aku merasa sangat gembira dapat menjadi seorang pelajar di politeknik ini . maka , aku takkan sesekali melepaskan peluang ini . aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk masa depanku . aku juga akan buktikan kepada kedua ibu bapaku bahawa aku akan menjadi seorang anak yang berjasa kepada mereka . kalian semua doakan kejayaan bagiku ini ye . thanks :D 



Saturday, 20 July 2013

My Interest

Assalamualaikum ,
holla 

apa khabar kalian ? sihat ke tidak ? saya ni nak bagi tahu awal awal , saya tak berapa pandai sangat pasal blog blog ni .tapi saya cuba jugak . nanti takde lah orang ingat saya ni buta it sangat . lagi pun zaman sekarang dah maju . takkan kita nak diamkan diri bak kata orang bagai katak bawah tempurung . okay , stop situ dulu . 
asalnya saya nak cerita sini pasal minat saya .
banyak sebenarnya minat saya ,antaranya ialah menonton televisyen dan mendengar lagu . pertama sekali pasal menonton televisyen , banyak cerita yang saya suka tengok . saya suka akan cerita yang berunsurkan seram , aksi dan komedi . antara filem yang saya gemari ialah  KL Gangster ,Minyak Dagu , Bujang Terlajak ,Hantu Bonceng dan banyak lagi . menonton filem seronok jika kita ke panggung wayang bersama rakan daripada menonton filem di rumah dengan menggunakan cd . kekadang cd yang kita beli itu ialah cd cetak rompak . bukankah itu sangat tidak baik untuk industri perfileman kita . karyawan yang menghasilkan sesebuah cerita itu dengan susah payahnya dan menggunakan modal yang banyak tiba tiba ada orang lain yang mengambil kesempatan dengan mencetak cerita itu secara haram . lebih baik jika kita ke panggung wayang berdekatan ataupun membeli cd yang sebenar benar original . 
pasal mendengar lagu pula , saya suka dengar genre pop , rnb dan balada . antara lagu yang saya amat minati ialah lagu teman pengganti nyanyian black dan malique , agenda jahiliah dari kumpulan bunkface dan lagu rembau most wanted dari waris .
saya akan mendengar lagu bila saya bosan , marah akan seseorang dan tatkala saya sedih . musik bagaikan sebahagian dari jiwa saya . begitu juga pabila saya sedang stress dengan kerja yang terlalu banyak , musik akan menenangkan saya . sesudah mendengar lagu , barulah saya rasa lebih lega dan akan kembali melakukan kerja dengan selesa . kedua dua itu merupakan minat saya . mungkin minat saya tidak sama dengan kalian semua . sebab itu ada yang mengata minat seseorang itu terletak pada diri seseorang itu sendiri . jadi sampai di sini sahajalah cerita mengenai minat saya . maaf jika bahasa dan ayat yang saya gunakan tidak begitu baik . bye kalian !
ni ada sikit gambar band yang saya minat . lagu lagunya best :)





Thursday, 18 July 2013

About Me

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog saya .
Di sini saya ingin memperkenalkan diri saya kepada anda semua . Nama saya ialah Nurul Shaffiqah Binti Shamsuddin . Anda semua boleh memanggil saya Shaffiqah . Saya lahir di Hospital Besar Ipoh pada 2 September 1995 . Saya berasal dari Ipoh , Perak . Saya mempunyai 7 orang adik beradik . Saya merupakan anak sulung daripada adik beradik saya . Semasa di sekolah rendah , saya belajar di Sk Sungai Rapat dan apabila di sekolah menengah , saya belajar di Smk Rapat Setia . Semasa saya di tingkatan 4 & 5 , saya mengambil kelas Sains Akaun . Saya mengambil kelas itu kerana saya sangat suka akan subjek prinsip perakaunan  . Alhamdulilah kini  saya melanjutkan pelajaran saya ke Politeknik Seberang Perai dengan mengikuti program diploma akauntansi . Itu sebenarnya yang saya hajatkan selama ini . Tak lupa juga , saya juga seorang yang sederhana dan suka berkawan . Saya rasa setakat ini sahaja tentang diri saya .