Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog saya .
Di sini saya ingin memperkenalkan diri saya kepada anda semua . Nama saya ialah Nurul Shaffiqah Binti Shamsuddin . Anda semua boleh memanggil saya Shaffiqah . Saya lahir di Hospital Besar Ipoh pada 2 September 1995 . Saya berasal dari Ipoh , Perak . Saya mempunyai 7 orang adik beradik . Saya merupakan anak sulung daripada adik beradik saya . Semasa di sekolah rendah , saya belajar di Sk Sungai Rapat dan apabila di sekolah menengah , saya belajar di Smk Rapat Setia . Semasa saya di tingkatan 4 & 5 , saya mengambil kelas Sains Akaun . Saya mengambil kelas itu kerana saya sangat suka akan subjek prinsip perakaunan . Alhamdulilah kini saya melanjutkan pelajaran saya ke Politeknik Seberang Perai dengan mengikuti program diploma akauntansi . Itu sebenarnya yang saya hajatkan selama ini . Tak lupa juga , saya juga seorang yang sederhana dan suka berkawan . Saya rasa setakat ini sahaja tentang diri saya .
No comments:
Post a Comment