Monday, 22 July 2013

My Expectation about My Programme

Assalamulaikum dan salam sejahtera ,               


                                                    
 

   



kini aku sedang melanjutkan pelajaran ke Politeknik Seberang Perai dalam jurusan akauntansi . aku mangambil jurusan ini kerana aku amat meminati subjek prinsip perakaunan sejak di bangku sekolah lagi . di sini , pelbagai subjek yang aku pelajari . antaranya ialah microeconomics , statistics , principle of marketing dan fundamentals of accounting . mungkin sebahagian subjek adalah pelajaran yang baru bagiku . namun , aku akan tetap mempelajari kesemuanya dengan bersungguh sungguh . sebelum aku mendapat tahu bahawa aku telah dapat melanjutkan pelajaran ke politeknik ini , aku tidak menerima sebarang tawaran belajar dari mana mana ipta . tetapi ipts banyak yang menghantar surat ke rumah . jika aku melanjutkan pelajaran ke ipts , kos pengajiannya terlalu tinggi . terlintas juga di hati jika tidak menerima mana mana ipta tak kisah lah sama ada universiti ataupun politeknik , aku akan menyambung pelajaran ke kolej risda melaka . lagipun kolej itu merupakan separuh milik kerajaan . jadi tidak terlalu mahal kos pengajiannya . 
















tetapi alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi aku dapat ke Politeknik Seberang Perai . aku merasa sangat gembira dapat menjadi seorang pelajar di politeknik ini . maka , aku takkan sesekali melepaskan peluang ini . aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk masa depanku . aku juga akan buktikan kepada kedua ibu bapaku bahawa aku akan menjadi seorang anak yang berjasa kepada mereka . kalian semua doakan kejayaan bagiku ini ye . thanks :D 



No comments:

Post a Comment